Monday, November 16

TANDOOR GRILL AT IPOH

Misi minggu lepas explore makanan dekat area ipoh, tujuan nya supaya lebih mesra dengan ENVIROMENT di Ipoh ni.. haha.. actually bosan dah makan makanan orang bujang, makin lama makin tak sedap makanan orang bujang ni sebab kena makan sorang-sorang ditemani televisyen dan suasana yang suram.. sekali sekala nak jugak merasa makan MEWAH, betul tak?.. haha.. so malam tu rasa nak makan NORTH INDIAN cuisine.. pusing-pusing area greetown then tiba-tiba teringat satu port best.. sebab selalu pergi ofis client ada la lalu situ beberapa kali tapi tak ada kesempatan lagi pun nak singgah and MERASA makanan dekat situ.. dan dengan lahapnya aku menekan minyak (kalah drifter) menuju ke RESTORAN tu.. nasib aku baik sangat sebab tak perlu buat reservation and kebetulan orang tak berapa ramai malam tu.. whoaa, bau rempah menusuk dihidung bila pintu terbuka luas menyambut kedatangan aku.. rasa macam nak TERKAM terus pegi dapur tu.. haha.. seriusly rasa macam excited nak order makanan.. lepas order, sempat la menyembang and bergosip setalam dua pastu makanan pun sampai.. lepas je aku rasa makanan dia, terus rasa macam nak menangis sebab ini MAKANAN yang seriusly SUPERB dasyat dan kena dengan selera betul.. nak, bagi gambar sikit INTERIOR restoran dengan makanan yang ada.. sesiapa yang nak cuba, dipersilakan.. boleh just walk in atau buat reservation..




Happy Dinner!

Tuesday, November 10

7 BULAN MENDIAMKAN DIRI

lagi, lagi dan lagi terpaksa mendiamkan diri.. TERPAKSA? persoalan terpaksa tu aku sendiri cipta sebab dengan keadaan hidup aku yang makin sarat dengan tanggungjawab dan rutin harian yang semakin melenyapkan masa lapang aku sendiri.. dengan jadual harian yang sangat PADAT setiap hari aku lalui dengan perasaan letih dan tak bermaya.. mesti tertanya-tanya, tapi kenapa harini aku mula menulis semula kan? selama 7 bulan ni, terlalu banyak yang aku pendam tak terluah.. terlalu banyak benda yang berlaku yang tak MAMPU aku tanggung tapi aku diamkan.. harini, aku terpanggil untuk mencoret semula perjalanan hidup aku sebagai manusia di muka BUMI Allah ini.. sekadar mencari ketenangan dengan menulis dan meneruskan semula hobi menulis aku yang terkubur.. insha Allah, aku harap sangat aku akan dapat meluangkan lebih banyak masa untuk menulis pada hari hari akan mendatang..

Monday, March 30

HIDUP dalam dunia sendiri

kadang-kadang aku KESIAN dengan diri aku sendiri, sampaikan tak ada masa nak curi-curi untuk diri sendiri.. means tak ada masa dan kesempatan untuk meluangkan masa manjakan diri or apa-apa.. PELIK bukan? tapi nilah hakikat kehidupan aku sekarang.. seharian aku dekat ofis buat kerja, kadang-kadang je dapat curi-curi main facebook or update blog sebab masa aku adalah HAK milik bos aku, tapi tak apa lah sebab namanya pun kerja kan.. so pagi sampai petang memang jiwa, raga dan perasaan MENDAP dalam ofis ni ajelah.. its okay, dah boleh terima hakikat sebab dah SETAHUN lebih kerja dekat sini.. tapi, lately terasa sangat, sebab last week hari sabtu.. pagi sampai pukul 11 aku dah mendap buat KERJA dalam ofis ni, then ikot pulak bos pergi meeting sampai tengahari, pastu pukul 2 pulak balik solat then tak sempat REHAT, bos aku call suruh datang ofis balik buat LAPORAN untuk satu client (padahal sabtu aku sepatutnya kerja half day!) then lepas siap laporan dalam pukul 3.40 pulak adik aku call ajak pergi book store, then jalan sana jalan sini ikotkan dia sampai pukul 7, tak sempat lagi nak jejak kaki masuk dalam rumah kawan aku pulak call ajak keluar lepas maghrib sebab nak mintak tolong tengok barang hantaran dia nak KAWIN.. padahal malam sabtu tu aku kena tido awal lepas isya sebab aku nak bangun 4 pagi hari AHAD.. tapi disebabkan fikir member, aku pergi jugak.. serius hari sabtu tu rasa macam mendap gila, letih, penat semua ada.. tapi tulah, sampaikan masa untuk diri sendiri pun tak ada.. aku memang, kalau boleh nak hidup aku sehari-hari tu, boleh gembirakan orang lain, boleh buat orang lain rasa dihargai, tapi kadang-kadang bila fikir, siapa yang nak gembirakan aku? entah la, bukan merungut, tapi macam rasa nak je lari jauh-jauh dari orang lain sebulan then rehatkan diri dan MINDA.. bagi fresh dan stabil.. dah la sekarang aku kuat EMO.. entahlah, perubahan hormon kot, almaklumlah dah makin tua..

CITA CITA TERCAPAI!

Alhamdulillah, rezeki dari ALLAH jangan ditolak ye dok.. hihi..mesti ramai tertanya-tanya, rezeki apa pulak kali ni?.. pernah bercita-cita menjadi seorang PENSYARAH, tapi disebabkan kelayakan masih belum cukup dan masih menuntut diperingkat IJAZAH, terpaksalah batalkan hasrat.. actually, sebelum ni pernah berangan menjadi seorang guru atau pensyarah, soronok rasanya dapat dipanggil CIKGU.. rasa macam dihargai.. aku masih lagi bekerja sebagai p.a di syarikat SWASTA di ipoh, masih diposisi yang sama dengan gaji yang sedikit bertambah daripada bulan lepas, tapi disebabkan kos hidup yang agak melampau batas serta masih lagi menuntut ilmu, so sentiasa rasa KEPERLUAN hidup tak dapat membatasi pendapatan yang sedia ada.. jadi dipendekkan cerita, dapat rezeki menjadi TUTOR matematik bagi seorang pelajar tahun 3.. walaupun just TUTOR tapi aku sangat-sangat menghargai.. at least dapat jugak jadi cikgu sambilan.. rasa hati berbunga-bunga sangat, bahagia sebab dapat buat benda yang aku suka.. atleast dapat jugak merasa panggilan cikgu kan? syukur lah, rezeki pun dapat, gelaran sementara pun dapat.. ALLAH tu sangat maha pemurah, dia beri apa yang kita minta walaupun lambat tapi tetap ditunaikan.. kita je yang selalu lalai dan alpa, muhasabah diri sangat perlu sekarang ni.. malam ni start KELAS PERTAMA, bukan mudah nak mengajar budak yang dah tahun tiga tapi basic matematik yang masih belum kukuh, tapi aku sentiasa doa supaya Allah permudahkan urusan aku malam ni.. semua bahan-bahan untuk mengajar dah ada, dah disediakan sejak semalam.. konsep pembelajaran pun sudah siap, ermm apa lagi ye? herm, mungkin tu je dulu kot sebab nak tengok progress budak tu dulu macam mana nanti.. harap-harap dia GEMBIRA dan suka dengan cikgu Lidya ni.. aminn
p/s : siapa yang ada mengata aku buat part time sebab duit, yes i'm! tapi aku bukan datang makan gaji buta okay, aku datang bawak ilmu dan manfaat pada student aku.. harap dipermudahkan.. =D

Thursday, March 12

KERJA LUAR!

YEAY, siapa suka kerja luar sila sepp tangan sesama! actually aku dah bosan sangat stay dalam ofis, rasa macam cengkadak yang sedang membatukan diri sendiri.. memang la dalam ofis ada kerja boleh buat, tapi lama-lama duduk pun boleh kematu bontot tau! aku setiap kali bos-bos aku sembang bab client, aku mesti akan masuk campur and mengangkat diri sendiri untuk pergi berjumpa client (sanggup tuh!) haha.. bosan la, tiap-tiap hari mengadap kerja yang sama sampai naik lunyai kepala hotak aku ni.. tak lama lagi boleh gila kot, kahkahkah.. tak lawak ek? okay aku sorang je rasa lawak.. semalam dengan berbekalkan minyak yang BERBAKI lebih kurang satu bar baki dari yang bos aku isikan pagi semalam sebab pergi meeting tu, aku menapak merata.. dia suruh aku pergi tiga tempat je, untuk jumpa client and collect payment, tapi aku menapak 4 5 TEMPAT, siap sempat masuk bank islam bayar yuran pengajian lagi.. means memang banyak tempat la aku menapak kan.. lahanat sangat rasanya, haha.. aku keluar pukul 2 petang, then aku balik ofis pukul 4.40 petang semata-mata nak serahkan payment je.. nampak tak? lama gila gak kan aku keluar merayap merata.. siap makan-makan lagi dalam kereta.. kau hadoo? haha.. next time nak try lagi wey, memang syiok sangat rasanya  haihhh.. ok bai.
okay gambar tak ada kena mengena dengan cerita, sumber : mr.google

kalau korang rasa susah, kena ingat ada orang lain yang jauh lebih susah dari korang

Masya Allah dah bersarang entri dalam blog ni.. labah-labah pun dah beranak pinak dalam blog aku ni.. nak kata bz tu tak ada la sangat sebab kerja banyak dah diringan kan sikit dah.. kalau sebelum ni 10/10 tapi sekarang dah tinggal 9/10 je ha.. so boleh rilex kejap kot sementara tunggu new sistem untuk BISNES bos aku nih.. so bila upgrade sistem, lagi banyak la kerja.. mebi akan jadi 11/10 kot pasni.. haha.. erm, nak cerita ni pasal workers aku ni sebab bila aku ingat aku rasa macam timbul satu keinsafan dalam hati ni, aku ada seorang pekerja Melayu yang baru datang.. sangat daif KEADAAN dia, datang dari selatan naik MOTOR dengan isteri dan kendong seorang anak LELAKI berusia 6 bulan.. datang sini nak cari rezeki kat tempat baru sebab tak tahan kerja di selatan dengan kos hidup yang sangat melampau.. datang SEHELAI SEPINGGANG, dan stay hostel pekerja asing yang aku sediakan.. ya Allah sedih sangat rasa sebab diorang berkeluarga, ada anak kecik yang masih lagi nak membesar yang perlukan ruang.. dia baru je start kerja 1 hari lepas, company dah ADVANCE kan pada dia untuk beli seluar dan kasut kerja dan lebih tu buat belanja.. tapi adat lah kalau ada ANAK kecil, semua akan didahulukan dari mak ayah nya.. semua duit baki dibuat beli pampers bayi dan keperluan bayi semata.. sedih tapi aku nak tolong pun faham-faham la karang lain jadinya.. mesti akan ada cakap aku UNFAIR sebab dia sama pekerja macam orang lain jugak tapi layanan diberi lain.. so, aku stay diam and tengok je apa yang jadi.. kesian memang kesian, tak mampu nak cakap tapi apakan daya.. satu hari tu dia datang ofis cerita pasal rumah yang aku bagi dia stay dengan pekerja pekerja lain, dia cakap rumah tu kotor sangat.. actually dia tak perlu bagitahu pun aku memang dah tahu pekerja-pekerja aku punya tempat stay macam mana.. memang pengotor! almaklumlah orang asing kan.. kitorang ada provide dapor and gas untuk diorang MASAK tau tapi memang adatlah kan, kotor yang amat sampaikan berulat-ulat.. berbalik pada cerita pekerja melayu and anak bini dia ni.. nak makan pun sampaikan tak ada duit, disebabkan dia baru stat kerja, bos tak boleh bagi advance lebih-lebih sebab risau LARI.. so, diorang satu family sampai tak ada makanan lansung, baby just minum susu mak nye je.. diorang tiap hari makan MEGI! sampaikan baby tu pun makan maggi jugak, diorang bagi sebab dia selalu merengek lapar.. sebab tak tahan kesian, aku belikan electric kettle dengan NESTUM untuk baby.. sebab budak-budak kan, bukan dia tahu apa pun.. lapar nangis, lapar nangis.. sampai demam-demam.. itu jelah yang mampu aku buat pun.. bila aku balik RUMAH aku sendiri, selalu terfikir yang aku selalu rasa duit aku tak cukup, selalu rasa keperluan dan kehendak aku tak dapat dipenuhi sedangkan ada orang LAIN yang jauh lebih SUSAH dan DAIF dari aku.. aku tak dapat beli barang, tak dapat shopping, tak dapat jalan-jalan tapi aku still ada makanan, walaupun makanan simple-simple and masak sendiri. tapi diorang, sampai terpaksa tahan LAPAR sebab lansung takada duit, gila sedih.. lepas kejadian ni, seriusly memang selalu sangat MUHASABAH diri sendiri, supaya tidak timbul perasaan negatif dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran ni.. BERSYUKUR itu penting, dan ini yang aku tengah cuba praktikkan dalam hidup sekarang.. biar tak dapat beli apa yang aku nak, asalkan aku boleh makan, ada pakai, ada tempat tinggal.. AMINN

Sunday, January 18

tamat exam, tamat semester pertama IJAZAH

syukur sangat, habis dah exam.. sebelum ni serabut duk fikir pasal EXAM sebab yelah bila akhir tahun banyak la kerja nya, pastu time nak akhir tahun ni jugak lah nak exam nya.. tapi takpe, alhamdulillah semuanya berakhir dengan selamat dan jayanya walaupun tak tahu bertapa nak berjaya lagi RESULTNYA, tunggu aje lah keluar result bulan februari ni.. mudah-mudahan semuanya okay.. empat kali berturut2 sepanjang dua minggu terpaksa berulang alik ke KUALA LUMPUR untuk menunaikan tuntutan sebagai seorang pelajar yang berwibawa.. cewahh, ayat nak dasat aje ha.. haha.. sekarang tengah fokus menyiapkan projek baru, nasib baik la lepas exam baru start dengan projek baru.. kalau tak, memang berlari-lari and terkejar-kejar la jawabnya.. sekarang dah pertengah Januari 2015, berharap sangat result yang akan keluar dalam 4 minggu lagi ni sangat memberansangkan dan memperoleh keputusan yang baik.. aminn

#lifeupdate

Sunday, January 4

TAFSIR MIMPI.. mungkin kebetulan

Alhamdulillah, selamat memasuki tahun 2015, bersyukur sangat pada Allah kerana mengurniakan usia sehingga 23 tahun di atas muka bumi NYA..sekejap sangat masa berlalu, rasa macam baru semalam je masuk tahun 2014,tapi sekarang dah tahun baru pulak.. blog pun dah lama tak berisi nih.. Penghujung tahun 2014 agak pahit bagi aku bila ditipu oleh SEORANG hamba Allah yang berbangsa Melayu dan beragama ISLAM.. SEMINGGU sebelum aku ditipu, aku ada bermimpi yang cincin emas yang aku pakai ni patah dua, dan esok harinya aku google di INTERNET pasal tafsir mimpi ni.. dalam tafsir tu cakap aku akan DITIPU seseorang, seharian aku termenung fikir siapa yang akan tipu aku.. orang terdekat ke? family aku ke? kawan-kawan aku ke?.. macam tak boleh terima hakikat sebab aku bayangkan orang-orang yang aku sayang akan TIPU aku.. tapi rupa-rupanya tak.. Orang yang tipu aku tu orang yang aku tak KENAL lansung. Ceritanya, aku nak menyewa sebuah apartment yang dilengkapi perabot penuh, tapi semua tinggal abu dan debu semata-mata.. aku kena tipu bulat-bulat! first bukak mudah.my nampak iklan dan terus berurusan dengan seorang lelaki cina yang kononnya bernama STIVEN tapi dia pass aku pada P.A dia yang bernama NUR LIYANA.. bukan nak mengaibkan sesiapa, tetapi NURLIYANA ni penipu yang licik, dia sangat bijak menggunakan helah dalam menuturkan kata-kata dia.. aku salah seorang mangsa yang terkena,. aku tak tau la berapa ramai lagi akan menjadi mangsa diorang ni.. ceritanya, si liyana ni cakap yang apartment tu ramai ada yang tanya, nak dekat 5 6 orang tanya pasal apartment yang aku nak sewa tu tapi dia kata lebih percaya dan senang berurusan dengan perempuan sebab mudah kalau apa-apa TERJADI berkenaan rumah tu.. mula-mula aku cakap nak tengok rumah dan bayar deposit secara BERSEMUKA, si liyana ni cekap tau, dia kata kalau tak letak deposit dulu dia akan pass rumah pada orang lain.. dan DEPOSIT tu RM 1000! gila kapa nak bagi duit banyak tu dekat orang aku tak pernah jumpa lagi.. so aku nego la sebab janji letak deposit dulu dan baki aku bagi LEPAS jumpa bersemuka dan bagi kunci.. memang percaya habis lah ni, sebab fikir dia perempuan dan MELAYU dan ISLAM! fuuhh, gila aku bagi la 1/3 dari jumlah deposit yang dia mintak tu, bank in wey bukan face to face sebab dia kata nak urgent sebab kalau tak dia bagi rumah dekat orang lain dan dia pun BERIA lah janji nak tunjuk rumah petang tu jugak.. dah la tengahari tu dah paksa aku deposit duit dengan ALASAN nak book rumah tu untuk aku, takkan bagi orang lain dah lepas aku bagi deposit.. tapi bila petang aku cakap nak jumpa, alasan meeting drag sampai malam pulak.. aku tunggu lagi tapi lepas tu aku mesej dengan CALL semua tak berjawab! memang panas hati rasanya.. aku tunggu sehari dua, call mesej semua takde jawapan jugak then aku pun amik la tindikan REPOT POLIS! penyelesaian terakhir lah tu.. so liyana, kau tunggu la eh polis datang angkut kau kat rumah.. herm, berbalik pada mimpi aku, semalam pun aku ada mimpi pelik lagi sekali, aku mimpi aku MELAHIRKAN anak.. dan tadi google jugak, dan jawapannya ada dua samada masalah paling besar aku akan SELESAI atau aku akan bertemu JODOH.. wallahualam =D
p/s : mimpi ni mainan tidur kot kan, mungkin hanya kebetulan je ni..