Wednesday, October 15

SALE GILA-GILA UNTUK KERETA RANGE ROVER! GAJI BAWAH 2K pun mampu

yeay, first entri untuk bulan oktober.. dah start kelas ni kira asyik sibuk je memanjang.. rasa macam tak cukup masa je nak buat apa-apa .. kerja dekat ofis ni pun boleh tahan jugak banyak, boleh buat pengsan tak cukup rehat oo.. takpayah la kot nak mukadimah banyak-banyak sebab aku pasti korang mesti EXCITED bila cerita pasal range rover kan? siapa tak minat kereta tu sila angkat HIDUNG.. mostly mesti ramai minat then ada yang dah pasang cita-cita nak beli range rover tu kan ( ke aku je).. haha.. baru-baru ni dapat wassap dari CLASSMATE pjj aku ni.. dia cakap ade LELONGAN jpj untuk sebuah kereta RANGE ROVER! omg, omg gila excited aku ha.. diorang lelong murah je wey, bayar downpayment 10k then bulanan RM700 je untuk 7 tahun.. siapa taknak, dia gila.. yelah, Range rover tu doh.. mahal siot kalau beli yang baru.. silap-silap aku umur 40 tahun pun belum dapat beli, dah ada peluang macam ni kononnya nak try my LUCK la kan.. ni gambar dia kasi kat aku, aku screenshot untuk korang okay,seriusly cantik sangat sebab warna putih.. aku minat warna putih ni ha, lawa!

lama aku TENGOK gambar kereta ni, dalam hati duk fikir kalau la bebetul dapat, memang aku nak tayang kat kengkawan (riaknyaa aku) .. haha.. kalau la dapat, aku bawak FAMILY aku pergi jalan-jalan makan angin merata.. tiap bulan habis DUIT pergi jalan-jalan pun takpa kalau dapat kereta macam ni sebab mesti mak aku happy gila.. duk fikir punya fikir, aku pun cakap la kat mana JPJ lelong kereta tu, aku nak pi bayar then ANGKAT terus je, tak mau fikir panjang dah sebab memang minat sangat-sangat dah.. dah tergedik-gedik habis dah ni.. pastu, tunggu la kawan aku balas wassap, kembang kuncup je hidung aku tunggu dia balas wassap aku.. aku duk fikir mungkin dia sibuk kot, aku tunggu lagi sampai petang, pastu wassap MASUK! happy nya, dia bg satu image kat wassap, ni ha
serius rasa nak BUNUH orang! haa, aku pun percaya la bulat-bulat sebab dia tu muka memang baik gilas.. aku tak sangka aku KENA PRANK! rasa macam nak terjun bangunan je aku tengok gambar ni.. kalau aku jumpa dia time ni, memang aku TERBALIKKAN kereta myvi dia.. serius aku terbalikkannnnnn.. hahaha.. dia punya la gelakkan aku kaw-kaw punya, aku rasa macam aahhh bodohnyaaa.. korang pun terkena jugak dengan entri aku ni kan? okay meh kita kena sama-sama.. haha

moralnya, jangan terlalu EXCITED dengan benda yang tak pasti kesahihannya yee... 


2 comments:

  1. Adoii.. tipah pon tertipu.. beria-ria den baco..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. saya pun tertipu jugak, rasa nak meletop aje tau.. takpe, kena sama2 kan? hihi

      Delete