Friday, September 26

My LIL SISTER yang fobia dengan roundbout bila aku drive..

aku tak tahu samada ni LAWAK atau tindakan bodoh aku sebenarnya.. hihi.. actually, aku ada adik perempuan yang belajar MEDICINE dekat Royal College of Medicine Perak ni dan dia wajib duduk HOSTEL yang disediakan pihak institusi.. dari RUMAH yang aku duduk nak pergi dekat hostel dia almost 30 minit jugak la then aku ni memang jenis penyayang sikit so mostly seminggu akan ada dua tiga kali aku bawak dia keluar.. then yang PART paling aku tak suka bila tanya dia nak pergi mana or nak keluar atas urusan apa dia mesti akan cakap tak tahu, bukan sekali dua aku kena tapi dah berkali-kali hokayy.. aku GERAM, sebab rumah kitorang jauh then if nak kuar, dengan harapan nak setelkan segala benda yang dia susah nak DAPAT or setel sebab susah keluar hostel tak ada transport.. contoh macam BELI barang ke, nak beli makanan ke or just jalan-jalan.. so DIPENDEKKAN cerita, bila jawapan aku dibalas dengan TAKTAHU dan buat muka tak besalah main HENFONE.. hangin lah aku kan.. tapi masalahnya bila aku hangin, dia buat bodo je macam aku takde perasaan.. (okay, sorry terkutuk sikit, haha).. then sekarang aku dah tahu macam mana nak buat bagi dia bagi jawapan betul-betul nak pergi mana.. caranyaaa senang je ha, dekat dengan rumah dia ada satu ROUNDBOUT besar tau.. aku ugut, aku cakap kalau taknak bagitau nak pergi mana aku pusing roundbout ni sampai dia cakap nak pergi mana.. dia memula ingat aku main-main tau, dia buat bodo je main henfon.. aku buat muka poyo aku pusing je roundbout tu sekali, dua kali then nak masuk tiga kali dia JERIT sambil tangan tunjuk satu jalan suruh masuk situ.. haha.. ingat aku malu ke nak pusing roundbout banyak-banyak kali, aku TAKMALU hokay.. aku tak kisah orang nak tengok kereta aku, nak catit nombor plat sekali pun aku tak kisah! haha.. tapi aku tau dia malu sebab risau terserempak dengan kawan-kawan dia cakap aku gila pusing roundbout banyak-banyak kali.. puas hati aku, hilang terus SAKIT HATI then boleh pulak aku gelak sebab dia jerit sambil gelak-gelak.. tula, sape suruh jawab tak tahu bila aku tanya nak pergi mana.. even sekarang pun, kadang-kadang dia terlupa dan still jawab tak tahu, aku PUSING roundbout banyak-banyak kali.. haha.. aku kakak yang jahat kan? bukan sebab apa, kekadang tu geram tau, kalau tengok henfone bukannya dia dengar apa aku cakap.. macam la dalam henfone tu ada emas berjuta ha.. hahaha.. rasakan kau dik..
gambar ehsan mr.google

BOLEH dipraktikkan pada bf korang (if korang yg drive) or praktikkan pada kawan-kawan yang bila ditanya nak pergi mana tapi dijawab tak tahu.. hentam je pusing roundbout dua tiga kali sampai dia cakap.. haha

9 comments:

  1. amboiii tak pening ke pusing2 tu..
    aishh tidak lah ambe nak pusing

    ReplyDelete
  2. Ni bahaya ni klu en huby tau taktik ni..
    Mau pitam klu dibantai pusing2 roundbot kt s.alam nih
    Huhuhu

    Salam singah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you singgah blog saya mama'snia..

      Kalau hubby awak tahu taktik ni, silap2 awak yang offer diri nak drive kereta kalau pergi memana kan.. hihihi

      Delete
  3. tersengih sensorang baca... biasalah tu akak pun kalau en. suami pandu dan tanya saya.. nak makan kat mana atau nak kemana lepas ni?. memang jawaban saya tak tau.. sbb tak biasa tempat yang di tuju... kita ikut je driver.. Lebih-lebih lagi jalan di K.L.. memang la dah tak faham.. banyak sangat simpang, flyover.. bangunan dan jalan-jalan yang sempit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. kalau org bawak saya pergi KL then tanya nak makan kat mana, konfem saya jawab xtahu.. susah sangat jalan KL, saya tgk kereta2 pun dah pening.. haha

      Delete
  4. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
    Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  5. ahaha...bijak dan terbaik lah kakak nyee..yelaa..kadg germ bila asyik kite wt keputusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bijak, tapi sengaja nak cari pasal sebab geram.. haha

      Delete