Friday, August 8

Penyakit 'M' dah mula menular dekat aku!

penyakit 'M' dah tekena tempias dah kat aku sekarang ni ha.. tahu tak penyakit 'M' tu apa? tak tahu ek? penyakit 'M' tu penyakit MALAS atau dalam erti kata lainnya, aku dah jadi PEMALAS! eh mane ade orang nak mengaku dia malas kan? tapi aku nak mengaku dengan akuan sebenar-benarnya aku dah jadi pemalas.. sejak habis bulan RAMADHAN ni, then dah lepas raya aku jadi pemalas wey.. kenapa eh?.. bangun pagi nak pergi KERJA pun malas yang amat, subuh tu dulu selalu awal waktu tapi sekarang dah hujung-hujung baru rasa nak bangun.. padahal ritu cuti RAYA seminggu aje tau, bukan sebulan pun.. tapi mane entah datang penyakit MALAS ni.. nak makan malas, nak mandi malas, nak pergi bank malas, tambah-tambah lagi nak buat kerja lagilah MALAS haihh.. rasa nak meletop aje ni kalau duduk dalam ofis lama-lama then mengadap kerja banyak.. sekarang duduk dalam ofis asyik menguap aje, padahal BUKAN tak cukup tidur pun.. tidur pukul 12.30 kira lambat ke? haih, SERIUS malas! minggu depan dah start nak daftar untuk PJJ UiTM, camne la kalau penyakit malas ni still lagi duk menular makin banyak ni.. harap-harap la untuk sementara je penyakit malas ni, minggu depan nak kena bagi RAJIN lebih sebab kalau tak, memang malas la selama-lamanya nih.. tanggungjawab makin lama makin banyak makin TINGGI, tapi penyakit ni pun makin lama makin TEBAL lah pulak.. ade ubat tak untuk penyakit malas ni? kalau ada tolong bagi SUGGESTION sikit.. hee

No comments:

Post a Comment