Thursday, August 21

Gegadis gegar Setia City Mall

JUMPA bff! same day pergi daftar belajar degree tu, aku ajak gegadis ni lepak sesama.. rasa macam lama sangat tak jumpa tau.. yang sorang tu duk RUSSIA, setahun sekali je balik ha.. yang dua orang tu duk belajar lagi, masing-masing sibuk sesangat.. padahal aku yang paling sibuk, bila diorang ajak jumpa je den yang tak boleh.. okay, disebabkan dah tahu sapa bff aku kan? taknak cerita banyak, kitorang berjalan puas-puas naik turun dalam SETIA CITY MALL tu, semua kedai nak masuk then semua barang nak beli.. fuhh, rabak poket.. aku tak beli pape ye, handbag je satu.. opss.. haha.. nak tengok movie memang dah tak sempat.. diorang lambat datang, dua jam aku tunggu kat situ.. nasib baik tak kena lepuk sorang-sorang.. haha.. layan GAMBAR ajelaa, sikit aje yang ada.. dah try transfer 5 6 gambar ke PC tadi tapi 2 gambar ni je yang selamat sampai ke PC, jadi cuci mata yang ini ajelaaa.. haha..
 BFF forever! kau hadoo

DAFTAR degree done!

Alhamdulillah, sabtu lepas dengan jayanya DRIVE seorang diri ke KL berbekalkan secebis GPS dalam handphone je.. secebis? eh pun boleh la kan.. tapi sampai aje dalam pekan KL boleh pulak sesat salah jalan masuk ke KL SENTRAL, gelabah tak pasal.. dah la tak pernah drive sorang-sorang kat KL.. sebelum ni pernah berjanji dengan diri sendiri tau, takkan duduk KL sebab serabut tengok jalan KL tu, tak sanggup nak redah jem la.. memang aku sampai petang tu agak jem la jugak, serabut je nengok haih.. nak uturn pun susah, nak kena jumpa jalan betol-betol baru boleh Uturn balik.. kalau tak, jangan harapla wey nak uturn jalan besar dan sesak macam tu, silap-silap kena horn bertalu je.. nasib baik la aku naik kereta PLAT perak, so kalau buat salah macam orang boleh consider lagi.. yelah as orang luar KL, konfem la tak tahu jalan.. haha.. perjalanan bermula petang jumaat tu lepas asar then straight je tuju ke CHERAS (walaupun sesat).. tak berhenti pun mana-mana.. berhenti pun bila dah betul-betul sampai kat hotel taman connaught tu je.. fuhh, penat habaqq ang.. haha.. sampai-sampai terus kelibut pergi reception, nasib baik la dah book online awal-awal.. kalau tak, memang masakla takde bilik untuk aku.. faham-faham la kalau esoknya weekend kan? semua nak CHECK IN aje.. oppss.. haha, entri 18sx tak dibenarkan la.. pagi sabtu tu, awal pagi lagi aku dah terpacak dalam bilik air tu nak mandi.. gila sejuk la sebab aircond dari malam sampai pagi terpasang je.. siap cepat2 then terus pegi ambik jejaka-jejaka malaya kat flat len seng tu (member2 poli hokay).. dan perjalanan pun BERMULA ke UiTM shah alam.. bermulalah hari pendaftaran dan segala mak nenek yang nak kena setel haritu.. kad pelajar, yuran then dokumen-dokumen yang berkaitan lah kan.. setel semua then dengar taklimat jap pastu blah.. haha.. choii dengar taklimat, haha.. padahal tak dengar pun.. ok bai..
tudung senget, nama AZIS, pun boleh laaaaa...

jejaka malaya lah sangat kannn.. haha


Friday, August 8

Penyakit 'M' dah mula menular dekat aku!

penyakit 'M' dah tekena tempias dah kat aku sekarang ni ha.. tahu tak penyakit 'M' tu apa? tak tahu ek? penyakit 'M' tu penyakit MALAS atau dalam erti kata lainnya, aku dah jadi PEMALAS! eh mane ade orang nak mengaku dia malas kan? tapi aku nak mengaku dengan akuan sebenar-benarnya aku dah jadi pemalas.. sejak habis bulan RAMADHAN ni, then dah lepas raya aku jadi pemalas wey.. kenapa eh?.. bangun pagi nak pergi KERJA pun malas yang amat, subuh tu dulu selalu awal waktu tapi sekarang dah hujung-hujung baru rasa nak bangun.. padahal ritu cuti RAYA seminggu aje tau, bukan sebulan pun.. tapi mane entah datang penyakit MALAS ni.. nak makan malas, nak mandi malas, nak pergi bank malas, tambah-tambah lagi nak buat kerja lagilah MALAS haihh.. rasa nak meletop aje ni kalau duduk dalam ofis lama-lama then mengadap kerja banyak.. sekarang duduk dalam ofis asyik menguap aje, padahal BUKAN tak cukup tidur pun.. tidur pukul 12.30 kira lambat ke? haih, SERIUS malas! minggu depan dah start nak daftar untuk PJJ UiTM, camne la kalau penyakit malas ni still lagi duk menular makin banyak ni.. harap-harap la untuk sementara je penyakit malas ni, minggu depan nak kena bagi RAJIN lebih sebab kalau tak, memang malas la selama-lamanya nih.. tanggungjawab makin lama makin banyak makin TINGGI, tapi penyakit ni pun makin lama makin TEBAL lah pulak.. ade ubat tak untuk penyakit malas ni? kalau ada tolong bagi SUGGESTION sikit.. hee

Monday, August 4

HARI RAYA tahun 2014

SELAMAT HARI RAYA! orang dah habis raya seminggu dah, harini baru sempat nak update blog ucap selamat hari raya.. almaklumlah bercuti seminggu, memang SERONOK habis duduk dekat rumah.. tapi tak best! sebab kena layan tetamu mak aih punya la ramai.. lepas sorang, sorang pulak datang.. kenapa tak kumpul-kumpul then datang reramai.. penat den nak hidang air dengan makanan tauuu.. takpe, kan Rasullullah ade cakap, tetamu tu perlu dilayan dengan sebaik mngkin.. alhamdulillah, tahun ni raya sangat sangat lah bersederhana.. kenapa? sebab mungkin dah kerja kot.. feeling nak RAYA tu macam dah hilang sikit demi sedikit..  baju raya ada sehelai aje, sederhana kan? haa, tulah penangan raya tahun ni.. baju raya pun ala kadar je, kuih pun buat sejenis je, buat kek dua jenis, then rendang.. lain-lain semua beli.. tapi raya tahun ni paling havoc sikit bab RENDANG, 3 ekor ayam wey.. biasa kalau raya mesti 1 setengah ekor je tapi kali ni over pulak.. tahun ni mostly banyak aku yang buat, sebab yelah ma pun dah start tak larat.. kesian  pulak, so as SULUNG perempuan mestilah jadi yang paling busy sehari sebelum raya tu.. memang bergelimpangan aku tido kat dapur masak tu gara-gara nak tunggu rendang betul-betul kering.. baju dapur tak payah cakap la, sampai basah sebab main air.. kejap-kejap basuh itu, kejap-kejap basuh ini.. periuk besar memang tak hingga la.. haha.. tapi puas tahun ni sebab rasa penat tu berbaloi-baloi.. air tangan sendiri, masak untuk FAMILY, ofcoz macam seronok gila kan.. hihi.. pagi raya tu membuta tak henggat, lepas subuh boleh pulak tidor balik.. nasib baik bangun-bangun tu duk awal lagi, sempat la buat apa yang patut ha.. raya tahun ni balik belah abah dulu, tu pun dah raya ke lima baru balik KAMPUNG.. maybe minggu depan kampung mama pulak kot, entah tengok aje lah macam mana nanti ha.. and paling tak boleh nak terima, KESEDERHANAAN tahun ni membuatkan aku takde satu pun gambar hari raya! sila tutup muka sendiri.. takpe, yang penting macam mana pengisian hari raya yang kita sambut tu kan.. at least tak kena kecam sebab selfie atas kubur, ehhh.. okay uolls, takde gambar raya untuk tatapan umum ye sebab memang beraya tanpa GAMBAR lansung tahun ni hokay.. nak datang raya? mai la, tapi boleh serve biskut kering ajelah yang mampu.. nak datang raya kat rumah sewa aku kat sini pun boleh, lagilah lansung ade air SEJUK je.. nak? mai la.. duit raya takdak! harap maklum ye.. eh, haa selamat hari raya ye, maaf zahir batin dan SALAM kosong kosong (sambil nyanyi lagu najwa latip).. =P

e-PJJ UiTM SHAH ALAM

alhamdulillah, syukur sangat kehadrat ILLAHI, dah lama tertunggu-tunggu result e-pjj ni.. tiap bulan rasa NERVOUS aje sebab risau tak dapat sambung buat degree.. bos bising tanya kenapa nak sambung belajar lagi sebab sekarang nak KERJA semua nak tengok PENGALAMAN.. no big deal lah bos, saya bukan nya nak stay sini sampai tua.. mesti nak jugak merasa pegang jawatan tinggi2.. nanti dah STABIL sikit boleh la nak buat loan bukak perniagaan sendiri.. iye dok?.. actually, mama and abah yang berhajat sangat nak tengok salah seorang anak dia sambung degree, so kita tunaikan permintaan diorang.. walaupun hanya pjj je, at least bila orang tanya boleh jugak cakap habis DEGREE kan.. degree ni makan masa almost 4-8 tahun jugak la, lama tu.. tak tau la mampu bertahan ataupun tak, doa-doakan boleh dan sanggup bertahan sampai habis belajar.. yelah, DEGREE full time dengan part time ni tak sama.. ni belajar nak kena kerja, banyak benda woo nak kena fikir.. silap-silap banyak tunggang langgang aje nanti ha.. harap-harap sangat dapat atur hidup lebih berSISTEMATIK lepasni.. cewaahh.. aku dapat kursus kesinambungan dari kursus diploma dulu ha.. kali ni dapat IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM PEJABAT (KEPUJIAN) haa, panjang sangat nama kursusnya haih.. 16 hb ogos ni dah kena pi daftar dan lapor diri kat kampus UiTM shah alam, harap-harap semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.. okay, kali ni boleh cakap dah 'UiTM dihatiku' .. bhahaha
p/s : senior2 yang dapat sambung belajar course sama, share-share la kelas macam mana, then benda lain.. gitau la sikit sebab dah banyak kali baca pasal course pjj ni tapi tak faham sangat.. mohon share sikit ye kakak adik abang.. =)