Friday, July 25

KERJA HARI SABTU, SEHARI SEBELUM RAYA

Fuhh, raya lagi sehari je tapi aku duk dekat ofis harini.. semalam ingat dah malas nak mai ofis dah, tapi bos aku pulak suruh datang OFIS harini.. bila fikirkan aku akan cuti raya lama, so aku redhakan diri untuk datang harini ha.. gara-gara nak cuti lama punya pasal, aku sanggup korbankan sehari je ni.. lagipun bulan puasa takpa kalau BUAT kerja extra kan, pahala lebih.. hihi.. tahun ni raya hujung bulan, so banyak la kerja nak kena setel sebelum cuti, payment workers dengan invois bulan ni dah kena keluar dah.. so lepas balik cuti raya nanti dah boleh kutip CEK dah.. haa, senang kerja macam tu.. hihi.. nasib baik la meeting yang dua HARI lepas hari raya tu aku tak payah attend.. kalau tak, memang aku mengamuk la.. orang nak cuti lama-lama ni, diorang nak suruh kerja pulak kan.. harini aku bukak lagu raya KUAT2, biar pengsan orang dalam ofis ni.. hihi.. okay, dikesempatan dan peluang yang ada ni nak ucap awal-awal. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! maaf zahir dan batin untuk semua readers, salam kosong kosong hokayy.. semoga hari raya tahun ni dapat mengeratkan hubungan sesama kita insha Allah.. =D
nak balik lagi 3 jam, tak sabar!

Monday, July 21

nak mewah ke nak murah?

tetiba entri macam ni muncul dalam kepala hotak aku ni.. dunia sekarang semua nak nampak mewah aje ha, yang susah kemudian tak ada pulak nak fikir.. actually aku tengah berkira-kira pasal HARGA kereta dan model kereta ni.. aku nak kereta mewah, means cam nampak gah bila pakai kereta.. tapi harini mata aku cam terbukak sikit bila tiba-tiba BOS aku nak keluar dan cakap 'i nak pergi beli barang, tapi malas nak balik tukar kereta, if i bawak kereta ni nanti dapat barang mahal, semua diorang nak cas mahal.. padahal harga tu seratus dua ratus je, tapi nanti mesti nak cas extra'.. okay aku terpegun kejap dengan kata-kata dia.. untuk pengetahuan korang, bos aku pakai Merc SPORT ye.. so wajar lah kena chong dengan perniaga-peniaga kedai kan?.. aku fikir punya fikir, betul jugak KATA dia.. selalunya orang tengok sesuatu tu dari penampilan kita, kalau pakai ala mak datin memang harga barang 110% diorang naikkan ha.. aku pernah tau sebelum ni, keluar pergi pasar pakaian and aku pakai seriusly sangat tak melambangkan imej budak muda dan bekerja.. nampak macam mak-mak suri rumah dan tersangatlah selekeh.. then boleh tawar harga baju sampai aku puas hati.. nampak tak kat situ?.. then next WEEK nya pergi lagi, tapi pergi lepas kerja, so pakai baju kerja la kan.. sofisikated ha, terus mintak TAWAR pun dia buat muka.. tak dapat tawar pulak tu, sakit hati kite haa.. haha..

moralnya kat sini, sila pakai selekeh dan biar nampak miskin.. asalkan duit berkepok-kepok dalam poket.. orang kalau nampak kita mewah, dia hormat tapi dia tak tahu dalam poket tak ada duit.. haha.. ok bai

Tuesday, July 1

IPOH STREET ART, BFF

ENTRI dua dalam satu nih.. nak cerita pasal bff aku yang sekarang memasing busy dengan life sendiri.. haritu diorang datang ipoh, jenguk aku yang tak ada cuti plus malas nak turun K.L. so penyudahnya, diorang yang datang sini.. lepak-lepak kat sini sebab dulu ipoh ni la tempat kitorang duk lepaking and shopping-shopping sakan.. dulu rajin jugak bercuti sesama, bff time kata nya.. haha.. no boyfie, no other friends, BFF only! tapi sekarang dah tak boleh la, memasing sibuk nak jumpa pun susah.. aku la paling sibuk kot, kan? haha, sorry nokks2 sekalian.. malam tu kitorang lepak borak-borak je, then esoknya baru bermula perjalanan kitorang kat sekitar IPOH ni.. aktiviti biasa-biasa je, makan-makan then ushar2 bandar ipoh (padahal dah bosan tengok ipoh tiap-tiap hari).. then plan la pergi Ipoh Street Art.. street art ni terletak kat belakang bangunan-bangunan lama dekat dalam town ipoh, untuk orang luar yang kurang mahir dengan sekitar ipoh tu, korang masuk town then cari sign board nama JALAN Dato Onn Jaafar hokay.. dekat dengan BANGUNAN merah, kedai kopi Wai Sing.. mesti jumpa.. haa, kalau nak lagi senang kan, korang cari bangunan warna warni dalam town ipoh, street art sebelah tu je bahagian belakang..
 ni bangunan warna warni tu, betul2 dalam town.. 
kalau jumpa bangunan-bangunan ni, jumpa la street art ipoh.
BFF aku yang cantik molek, okay aku sangat serabai plus-plus sebab malas...
opss, lagi sorang bff tak ada ye, sebab di Russia sedang belajar dan tak cuti..
art budak-budak main lompat tali
ikan emas dengan akak comel
main ape entah ni, aku pun tak tau.. haha
ada lagi picture banyak-banyak tapi malas upload, karang tak larat korang tengok.. haha.. btway just sikit komen la pasal street art ni.. kawasan yang sesuai di tengah-tengah bandar tapi malangnya ade kawasan-kawasan yang tidak dijaga.. berbau ehem2 dan ada ehem2.. memang tak ada orang jaga ke? kalau bahagian depan-depan then macam baru-baru tu masih bersih dan cantik tapi kalau dah kebelakang tu agak ehem-ehem.. tapi apa pun, tetap tak mengecewakan.. sebab cam feeling kanak-kanak sikit kan.. hihi..

p/s: pada sesiapa yang masih confuse dekat mana, ni coordinat GPS okay N 04 35.613′ E 101 4.923′