Sunday, June 8

Psstt, nak mengutuk orang sikit ni

Selamat pagi DUNIA, hari isnin yang sangat-sangat lah mendung ni kan, tetiba rasa macam tangan ni gatal je nak menulis, mencoret kisah sepasang SEJOLI yang annoying sangat ni.. tempat kerja aku ni ada sediakan HOSTEL untuk para pekerja, dan hostel-hostel tersebut berada di atas ofis aku ni ha.. actually, company ni ada banyak sangat hostel tapi yang aku nak cerita ni pasal hostel yang didiami oleh pekerja yang berkeluarga ni la.. yang lain-lain tu aku taknak amik tahu pun.. okay, cerita nya bermula bila ade sorang laki melayu ni dia call bos aku cakap nak kerja then nak duduk dekat hostel atas ofis aku ni.. MELAYU hokayy, rupa-rupanya yang dia bawak datang stay sini tu ISTERI nombor dua! aku taknak masuk campur, just dengar je ape bos aku cakap then aku senyum ajelah yang mampu.. wey, kerja guard je tu kawen dua.. lakinya takde la hensem sangat pun, biasa-biasa je kan.. tapi takpela, mungkin rezeki dia kot kan nak kawen lebih dari sorang.. tapi tu bukan isunya, tak kisah la pasal kau nak kawen sepuluh ke kan.. tapi masalahnya menyusahkan ORANG! haa, kan dah marah ni.. kerja guard, faham-faham jelah gaji bukannya berpuluh ribu, tambah pulak dengan aku dapat aduan macam-macam yang dia selalu ponteng kerja.. haa, kat situ pun gaji dah kena tolak sikit-sikit dah.. macam mana nak hidup macam tu? dia tak mampu pun nak bagi makan kat anak isteri pertama, now auntie yang duduk hostel atas ni pulak dok cerita yang laki bini ni asyik pinjam duit kat dia.. wey, kekadang tu pompuan tu amik je bahan-bahan mentah auntie tu dari dalam freezer then masak untuk laki dia makan then yang paling best buat muka sopesen bila auntie tu tanya.. macam tak bersalah lansung.. 1st TIME aku jumpa orang macam ni.. selalunya, melayu ni ada adab, sopan and budi bahasa, tapi orang atas ni takde lansung.. auntie INDIA atas ni selalu cerita macam-macam dekat aku, aku sebagai melayu pun malu.. auntie tu cakap bila time gaji je, mesti 3 4 pagi baru balik rumah sebab pergi berJOLI sakan.. mana nak ada duitnya haihh.. kawen dua tu tak salah, memang hak dia la kan, tapi tengok la diri sendiri tu.. Eishh, macam-macam la aku dengar cerita pasal laki tu dari PEKERJA pekerja aku yang lain.. harap-harap la dia cepat sedar diri kan, sebab kesian kat anak isteri nun ha..
p/s : sesape yang tak suka penulisan di blog aku, sila bawak diri sendiri ke blog orang lain ye.. tq uolss =)

No comments:

Post a Comment