Monday, June 2

MENANGIS ADALAH PALING TERBAIK

minggu lepas start ari KHAMIS dah takde mood gila, then berlarutan sampai arini, hari SELASA minggu berikutnya.. tambah-tambah pulak dengan stress kerja yang banyak gila minggu ni, mula la rasa macam tak sedap badan, tak sedap hati then macam-macam lagi lah.. takde feel wey nak kerja, sebab tu boleh lagi lepak and update blog.. ditambah pulak dengan kejadian semalam yang menyakitkan hati dan jiwa, ade ke patut CLIENT push-push aku suruh hantar workers cepat.. kalau aku yang drive hantar workers takpelah jugak, aku ni MONITOR aje pun ha.. geram pulak aku ni.. seriusly aku rasa dah lama gila aku tak menangis teresak-esak macam budak kecik, tapi semalam aku menangis GILA doh.. serius, sangat teruk aku menangis sampai basah baju aku.. nasib baik ade sorang hamba ALLAH ni sentiasa ada bila aku perlukan, dia sokong aku.. aku menangis pun, aku call dia then dia layan je aku.. walaupun sebelum ni aku pernah ada KONFLIK dengan dia tapi dia tak pernah abaikan aku pun.. aku rasa dia kawan DUNIA dan AKHIRAT bagi aku.. dia tabah, dia sanggup dengar aku menangis meraung-raung semalam.. dia kata selama ni aku KUAT, tapi semalam aku dah tak tahan.. ikhlas aku cakap, menangis ni salah satu cara nak lepaskan perasaan yang terbuku dalam HATI sebenarnya.. menangis boleh, menjerit pun boleh.. tapi malu orang dengar menjerit, jadi aku menangis.. rasa hilang semua BEBAN dalam hati aku, walaupun masalah tak selesai tapi sekurang-kurangnya lega sikit.. air mata aku yang dah berjurai-jurai tu dah bawak stress-stress dalam diri aku ni jauh-jauh.. walaupun kerja still kerja, dan takkan mungkin selesai tapi at least dada tak rasa SESAK sangat kan.. aku ni luaran keras, tapi bila kena MASALAH for sure akan menangis jugak.. ya ALLAH, sesungguhnya kau mengurniakan aku seorang insan yang sangat-sangat sabar dengan kerenah aku.. ALHAMDULILLAH..

No comments:

Post a Comment