Thursday, May 29

feel like a big BOSS

Kerja sebagai PA ni taklah mudah sebenarnye, ramai orang beranggapan yang KERJA ni benda yang mudah.. hakikatnya susah yang amat.. tapi aku agak BERSYUKUR sebab even aku kerja dalam bidang ni, kerja aku tak terlalu tertumpu.. macam contoh, real PA perlu berkepit je dengan bos, susun jadual perjalanan or cara kerja bos seharian, bagi pendapat bisnes, buat surat dan macam-macam lagi lah.. berbeza pulak dengan aku.. aku lebih kepada PA plus plus or pa tak rasmi la kan.. kenapa? ya, sebab kerja aku meliputi pelbagai aspek, temasuk AKAUN dan BISNES things.. disebabkan ni syarikat sederhana, bos rasa aku mampu untuk buat akaun, setel bahagian dokumen dan jugak dalam masa yang sama jadi PA dia.. fuhh, kerja macam ni memang agak mencabar iman dan kesabaran aku jugak la.. yelah bila hujung bulan dan awal bulan mesti sibuk dengan akaun dan dokumen.. tengah bulan pulak sibuk dengan MEETING sana sini.. tapi takpe, sebab bos aku tak berkira sangat pun, especially bab DUIT la kan.. agak happy kat sini sebab kerja tak berapa nak ikut masa sangat.. pagi boleh masuk sesuka hati sebelum pukul 9.30 tapi aku selalu jugak datang lambat.. almaklumlah takde PUNCH CARD kan, balik petang pulak awal dari orang lain cuma kekadang je balik lambat bila ade kerja.. pergi meeting pun seronok sangat haih ade driver, duk belakang rasa macam big BOSS pulak.. haha.. walaupun bukan kerja kerajaan tapi at least aku buat benda yang aku suka, so hati jadi senang dan LAPANG.. dulu mula-mula masuk kerja, rasa macam agak tertekan sebab tak boleh nak adapt enviroment dan CARA kerja, tapi sekarang alhamdulillah semuanya dalam tangan dah.. syukur, tapi in shaa Allah de rezeki nak cari kerja lebih bagus dan kalau dapat GOVERNMENT lagi bagus..

# doakan aku

No comments:

Post a Comment