Thursday, May 29

feel like a big BOSS

Kerja sebagai PA ni taklah mudah sebenarnye, ramai orang beranggapan yang KERJA ni benda yang mudah.. hakikatnya susah yang amat.. tapi aku agak BERSYUKUR sebab even aku kerja dalam bidang ni, kerja aku tak terlalu tertumpu.. macam contoh, real PA perlu berkepit je dengan bos, susun jadual perjalanan or cara kerja bos seharian, bagi pendapat bisnes, buat surat dan macam-macam lagi lah.. berbeza pulak dengan aku.. aku lebih kepada PA plus plus or pa tak rasmi la kan.. kenapa? ya, sebab kerja aku meliputi pelbagai aspek, temasuk AKAUN dan BISNES things.. disebabkan ni syarikat sederhana, bos rasa aku mampu untuk buat akaun, setel bahagian dokumen dan jugak dalam masa yang sama jadi PA dia.. fuhh, kerja macam ni memang agak mencabar iman dan kesabaran aku jugak la.. yelah bila hujung bulan dan awal bulan mesti sibuk dengan akaun dan dokumen.. tengah bulan pulak sibuk dengan MEETING sana sini.. tapi takpe, sebab bos aku tak berkira sangat pun, especially bab DUIT la kan.. agak happy kat sini sebab kerja tak berapa nak ikut masa sangat.. pagi boleh masuk sesuka hati sebelum pukul 9.30 tapi aku selalu jugak datang lambat.. almaklumlah takde PUNCH CARD kan, balik petang pulak awal dari orang lain cuma kekadang je balik lambat bila ade kerja.. pergi meeting pun seronok sangat haih ade driver, duk belakang rasa macam big BOSS pulak.. haha.. walaupun bukan kerja kerajaan tapi at least aku buat benda yang aku suka, so hati jadi senang dan LAPANG.. dulu mula-mula masuk kerja, rasa macam agak tertekan sebab tak boleh nak adapt enviroment dan CARA kerja, tapi sekarang alhamdulillah semuanya dalam tangan dah.. syukur, tapi in shaa Allah de rezeki nak cari kerja lebih bagus dan kalau dapat GOVERNMENT lagi bagus..

# doakan aku

Tuesday, May 6

PERASAAN BERCAMPUR BAUR..

Tak tau nak mula dari mana dan macam mana, tapi perasaan dalam HATI ni sekarang bercampur baur sangat.. bila fikir soal hati, campur sikit dengan masalah KERJA pastu tolak sikit dengan planning nak together2 dengan kengkawan, semuanya buat aku jadi tak KERUAN.. yelah, banyak sangat masalahnya.. bila dah rancang baik-baik atau dah buat elok-elok, benda still akan jadi buruk, busuk.. macam ada benda SERBA tak kena.. buat itu salah, buat ini salah.. duduk pun rasa macam merenyam je badan ni tak selesa, otak pulak ligat je BERFIKIR, tak lama lagi boleh jadi gila kot.. dah la lately macam hilang tumpuan sikit, BUAT kerja pun banyak tak betul, pastu asyik luka-luka je kat diri sendiri ni.. Kejap tersepak bucu meja sampai berdarah kaki lah, pastu kejap terpijak PAKU la, then terhantuk DINDING sampai lebam la, haih macam-macam la jadinya.. FOKUS dah hilang.. Ya Allah permudahkan lah urusan aku didunia mu yang penuh dengan cabaran ni, Amiinn..

p/s : nak buat solat sunat malam ni..

Monday, May 5

CARA-CARA LEBATKAN BULU KENING DAN BULU MATA

Hai uolss, harini demam2 tapi tetap RAJIN nak share tips untuk panjangkan dan lebatkan bulu mata serta bulu kening.. aku tau, sesetengah PEREMPUAN suka bulu kening nipis je coz senang nak letak eyebrow pencil tu kan, tapi takpe lah, TERPULANG.. sape2 nak cuba boleh la try tips aku ni, especially buat women2 yang nak nampak macam minah ARAB tu kan.. hihi.. sebenarnya tips ni aku terbaca then cuba GUNA sendiri dan alhamdulillah ianya BERKESAN.. tapi takde la tetiba bulu kening lebat total macam orang arab tu, at least ada la sikit PERUBAHAN dari yang asal, sebab aku tak suka bulu kening nipis la.. macam tak AWESOME sangat la, hahaha.. tipsnya mudah je, korang apply VASELLINE PETROLEUM PURE JELLY tu kat kening korang or dekat bulu mata korang tu.. then tengok hasilnya dalam 2-3 minggu.. aku apply jelly ni time malam nak tidur je, lagi senang kan.. takde la orang tengok kita macam pelik sebab lepas pakai tu bulu kening macam over rapi dan pakai minyak rambut tu.. so better pakai time nak tidur..
TARAAA, ni la bendanya.. ade dekat guardian or watson.. murah je wey, takpayah nak beli mahal2 untuk cantik.. ni harga di RM4.70 je aku beli ritu..
gambar atas adalah sebelum penggunaan, dan gambar bawah tudung pink ni setelah menggunakan selama hampir satu bulan..tolong abaikan muka yang mengada tu dan fokus pada kening aku.. haha.. aku pakai kat kening je, bulu mata taknak coz tak larat nak bukak mata if panjang2 sangat nanti, rasa nak tidur je.. haha

p/s : tak semua orang dapatkan hasil yang sama dalam waktu yang sama ye.. Selamat mencuba!

Sunday, May 4

KERAP DEMAM

erm, tengok title pun dah tahu aku ni kuat SAKIT kan.. semenjak dua menjak ni entahlah, kerap sangat DEMAM dan sakit2 badan.. demam sikit je, tapi KERAP sangat.. kalau sekali demam teruk terus takpe, ni tak demam teruk just demam petang then esok tengahari dah okay, pastu dua minggu or tiga minggu kemudian tu demam lagi.. kenapa eh? salah makan ke? salah tidur or teruk sangat buat kerja.. walaupun yang sado je kerjanya.. maybe kena tidur 2 hari tak bangun2 baru dapat recover back semua ENERGY kot kan? haha.. takpe, sakit tu kan penghapus dosa2 kecil ... ALHAMDULILLAH.. doakan kesihatan saya ye..

p/s : ni tengah tulis blog dengan keadaan demam weyy..

PINDAH BILIK

Alhamdulillah, finally setelah diusahakan, dapat jugak aku PINDAH bilik depan sekali.. now dah tenteram sikit hidup.. cuma ade sikit jela masalahnya, jiran kiri bising dengan bunyi BURUNG TERKUKUR dan jiran kanan dengan bunyi anak ANJING dia.. tapi tak jadi masalah sangat, masih boleh diterima lagi.. sebab bunyi-bunyi natural kan.. takde la stress sangat daripada bunyi bilik BELAKANG yang hingar bingar dengan kaki2 mabuk dan kereta2 turbo nya.. yang BESTNYA, bilik depan ni sejuk tak terkata bila malam.. rasa macam tidur dalam AIRCOND, haha.. bilik depan ni aku upgrade sikit bagi nampak cam lelawa.. aku dah letak carpet, pastu now dah ade PERSONAL TV yang aku dapat dari ofis.. siap letak ASTRO lagi nok, tapi tv ni aku tengok sorang jelah.. takde nye nak share2 haih pasalnya dalam rumah ni semua buat hal masing2.. seriusly aman sesangat dengan bilik baru ni..

p/s: takde pict nak tunjuk dekat korang sebab malas nak ambik.. tapi totally happy with my new room.. =)