Sunday, February 16

ISLAM hari ini

Fuhh, tiap-tiap hari sibuk dengan kerja, tak sempat nak UPDATE blog tak sempat nak buat apa-apa sangat pun.. Sebenarnya kan, dah lama sangat nak buat ENTRI pasal benda ni.. sejak aku MULA kerja ni, rasa macam-macam benda aku dapat tengok dan nilai dengan mata sendiri.. ISLAM harini hanya pada nama je kan, bila orang tanya kita agama apa, dengan bangga JAWAB orang ISLAM tapi hakikatnya? erm, aku kerja dekat dengan kawasan yang majoriti penduduknya NON-muslim , bukan takada muslim tapi boleh kira dengan jari.. minggu lepas, aku ada la jumpa tiga beradik perempuan yang muka ala-ala mix melayu dengan cina, so aku borak la kejap.. budak-budak tu cakap mak diorang melayu dan ayahnya cina, bila tanya agama apa, diorang tak tahu nak jawab.. depan rumah ada tokong cina, then diorang hidup cara orang non-muslim, siap bela anjing besar 2 ekor lagi tuu.. kenapa jadi sampai macam ni? tak salah pun kawen mix tapi.. emmm, korang fikir la sendiri apa yang aku maksudkan.. THEN ni ada satu lagi, aku pegi 7 eleven dekat kawasan ni, memang officially 7e kan ada jual minuman BERALKOHOL kan.. 5 minit aku duk belek2 majalah dalam 7e tu then tak lama lepas tu masuk sorang lelaki melayu bertopi, dia jalan lurus menuju ke peti sejuk.. dia amik ARAK botol besar punya, pastu dia toleh belakang nak pergi dekat kaunter, alih-alih ternampak aku perhatikan dia tengah pegang botol tu, dia macam hilang arah pastu terus LETAK balik botol tu dalam peti sejuk pastu terus keluar, malu agaknya.. tu baru dua cerita, ada banyak lagi cerita dan benda yang jadi depan mata aku semejak aku mula kerja ni.. semuanya tentang arak, judi dan macam-macam lagilah.. sedih pun ada jugak nih.. bukannya nak cakap DIRI sendiri ni elok sangat, perfect sangat tapi atleast still tahu HUKUM..
rasa nak nangis cakap soal agama sebab ade one of my client asked me wether i drink or not, i said NO because its HARAM, but he told me that he always hang out with MALAY friends and DRINK together, and they never mentioned about HARAM at all! dan paling tak best, diorang orang-orang berpangkat besar dan berduit..

p/s : aku sentiasa ingat kata-kata seorang ustad waktu aku belajar dulu, sebaik-baik muslim kaya yang mendapat berkat adalah muslim yang membelanjakan hartanya dijalan ALLAH. =)

No comments:

Post a Comment