Monday, February 24

BILIK SEWA yang sadis

haa, tengok tajuk pun dah tahu mesti ada benda jadi dekat BILIK sewa aku kan.. aku dah start menyewa nak DEKAT sebulan lebih dah, dulu waktu datang tengok bilik sewa aku tak cek betul2 sebab dah TERDESAK sangat, coz anggap asal ada dan asal boleh je.. bayar down payment dengan duit sewa, then terus angkat KAKI masuk rumah.. uwaa, rumah sewa aku kosong je, dah la takde perabot lansung , cuma ada PETI SEJUK je satu-satu nya.. AMPAIAN nak sidai baju pun takde wey, aku sidai baju rata2 je kat mana ada tempat sangkut.. sadis gila, aku ni dah la pembersih plus pengemas.. okay, aku still boleh sabar lagi ye.. aku dapat bilik belakang dekat dengan toilet.. yang sadisnya, belakang rumah aku ada FOOD court chinese, orang ramai gila tak kira masa, pukul 2 pagi pun tak habis lagi, kekadang ada yang bawak kereta TURBO tu, rase cam nak gegar bilik aku tu ha, pastu kekadang pepagi buta diorang duk gaduh kat tempat parking, MABUK kot.. paling aku bengang, time aku tengah tido 2,3 pagi aku dengan KUALI jatuh la, CAWAN kaca berterabur la.. ohh, terus terjaga dari tido wehh.. letup2 kepala aku ni tiap2 hari.. seriusly rasa cam salah pilih rumah, kalau aku tahu belakang tu ada food court, takde makna nya aku nak duk situ.. dah la kipas sedut asap dari food court tu 24 hours berfungsi tau, BILIK aku tiap2 hari kena sapu sebab habuk berlipat ganda.. pukul 5 pagi dah dengar bunyi keletung kelatang diorang duk membasuh dan MASAK.. haiyoo, mau tido la.. hilang terus kesegaran kat muka aku ni wey, hilang seri terus sebab tak cukup tido dengan bising tiap2 hari.. jiran sebelah kanan pulak kan, pagi pukul 5 lebih dah start memberus baju pulak, dasat lah kan dengar sampai kat bilik aku.. kejadian pagi ni pulak, lepas subuh kononnya nak lelap la kejap, boleh pulak aku dengar diorang pasang LAGU kuat2.. sadisnya bilik akuu...

p/s : sesape nak sewa rumah or bilik, please check enviroment dulu, jangan tengok dalam rumah je.. jangan jadi macam aku ni haa.. hahaha

No comments:

Post a Comment