Monday, February 24

BILIK SEWA yang sadis

haa, tengok tajuk pun dah tahu mesti ada benda jadi dekat BILIK sewa aku kan.. aku dah start menyewa nak DEKAT sebulan lebih dah, dulu waktu datang tengok bilik sewa aku tak cek betul2 sebab dah TERDESAK sangat, coz anggap asal ada dan asal boleh je.. bayar down payment dengan duit sewa, then terus angkat KAKI masuk rumah.. uwaa, rumah sewa aku kosong je, dah la takde perabot lansung , cuma ada PETI SEJUK je satu-satu nya.. AMPAIAN nak sidai baju pun takde wey, aku sidai baju rata2 je kat mana ada tempat sangkut.. sadis gila, aku ni dah la pembersih plus pengemas.. okay, aku still boleh sabar lagi ye.. aku dapat bilik belakang dekat dengan toilet.. yang sadisnya, belakang rumah aku ada FOOD court chinese, orang ramai gila tak kira masa, pukul 2 pagi pun tak habis lagi, kekadang ada yang bawak kereta TURBO tu, rase cam nak gegar bilik aku tu ha, pastu kekadang pepagi buta diorang duk gaduh kat tempat parking, MABUK kot.. paling aku bengang, time aku tengah tido 2,3 pagi aku dengan KUALI jatuh la, CAWAN kaca berterabur la.. ohh, terus terjaga dari tido wehh.. letup2 kepala aku ni tiap2 hari.. seriusly rasa cam salah pilih rumah, kalau aku tahu belakang tu ada food court, takde makna nya aku nak duk situ.. dah la kipas sedut asap dari food court tu 24 hours berfungsi tau, BILIK aku tiap2 hari kena sapu sebab habuk berlipat ganda.. pukul 5 pagi dah dengar bunyi keletung kelatang diorang duk membasuh dan MASAK.. haiyoo, mau tido la.. hilang terus kesegaran kat muka aku ni wey, hilang seri terus sebab tak cukup tido dengan bising tiap2 hari.. jiran sebelah kanan pulak kan, pagi pukul 5 lebih dah start memberus baju pulak, dasat lah kan dengar sampai kat bilik aku.. kejadian pagi ni pulak, lepas subuh kononnya nak lelap la kejap, boleh pulak aku dengar diorang pasang LAGU kuat2.. sadisnya bilik akuu...

p/s : sesape nak sewa rumah or bilik, please check enviroment dulu, jangan tengok dalam rumah je.. jangan jadi macam aku ni haa.. hahaha

Sunday, February 16

ISLAM hari ini

Fuhh, tiap-tiap hari sibuk dengan kerja, tak sempat nak UPDATE blog tak sempat nak buat apa-apa sangat pun.. Sebenarnya kan, dah lama sangat nak buat ENTRI pasal benda ni.. sejak aku MULA kerja ni, rasa macam-macam benda aku dapat tengok dan nilai dengan mata sendiri.. ISLAM harini hanya pada nama je kan, bila orang tanya kita agama apa, dengan bangga JAWAB orang ISLAM tapi hakikatnya? erm, aku kerja dekat dengan kawasan yang majoriti penduduknya NON-muslim , bukan takada muslim tapi boleh kira dengan jari.. minggu lepas, aku ada la jumpa tiga beradik perempuan yang muka ala-ala mix melayu dengan cina, so aku borak la kejap.. budak-budak tu cakap mak diorang melayu dan ayahnya cina, bila tanya agama apa, diorang tak tahu nak jawab.. depan rumah ada tokong cina, then diorang hidup cara orang non-muslim, siap bela anjing besar 2 ekor lagi tuu.. kenapa jadi sampai macam ni? tak salah pun kawen mix tapi.. emmm, korang fikir la sendiri apa yang aku maksudkan.. THEN ni ada satu lagi, aku pegi 7 eleven dekat kawasan ni, memang officially 7e kan ada jual minuman BERALKOHOL kan.. 5 minit aku duk belek2 majalah dalam 7e tu then tak lama lepas tu masuk sorang lelaki melayu bertopi, dia jalan lurus menuju ke peti sejuk.. dia amik ARAK botol besar punya, pastu dia toleh belakang nak pergi dekat kaunter, alih-alih ternampak aku perhatikan dia tengah pegang botol tu, dia macam hilang arah pastu terus LETAK balik botol tu dalam peti sejuk pastu terus keluar, malu agaknya.. tu baru dua cerita, ada banyak lagi cerita dan benda yang jadi depan mata aku semejak aku mula kerja ni.. semuanya tentang arak, judi dan macam-macam lagilah.. sedih pun ada jugak nih.. bukannya nak cakap DIRI sendiri ni elok sangat, perfect sangat tapi atleast still tahu HUKUM..
rasa nak nangis cakap soal agama sebab ade one of my client asked me wether i drink or not, i said NO because its HARAM, but he told me that he always hang out with MALAY friends and DRINK together, and they never mentioned about HARAM at all! dan paling tak best, diorang orang-orang berpangkat besar dan berduit..

p/s : aku sentiasa ingat kata-kata seorang ustad waktu aku belajar dulu, sebaik-baik muslim kaya yang mendapat berkat adalah muslim yang membelanjakan hartanya dijalan ALLAH. =)

Sunday, February 2

tahun 2014 dan dah bulan februari

Ya Allah kejapnya masa berlalu, rasa macam baru je masuk tahun 2014, tup2 tengok dah bulan FEBRUARI dahh.. sadisnya rasa, cepatnya masa berlalu, rasa macam baru dua hari lepas je update blog (padahal dah berbulan tak menjenguk lansung) haha.. dan aku masih disini, BEKERJA disini, di COMPANY yang sama, TUGAS yang sama.. fuhh, dah dua bulan lebih dah kerja kat sini, macam2 benda dah buat, macam2 orang dah buat, macam2 kes dah handle, segala MACAM2 lah kat ofis nih.. takde pape cerita yang nak dikongsi buat masa ni, maybe next update kot.. hehe..

minggu depan gajiiii.. hahaha