Tuesday, March 20

berSAHABAT biar BERPADA-PADA

dah lama ENTRI ni terperap dalam DRAF, dah hampir 3 bulan aku rasa, entah kenapa aku rasa macam idea aku tak cukup PERFECT untuk entri aku kali ni, aku tak mampu nak luahkan segala perasaan yang TERBUKU dalam hati aku nih, rasa tak sampai HATI nak luahkan perbuatan orang lain terhadap aku.. TAPI hati aku tak kuat untuk aku pendam sorang2 je.. aku tau,  tak SEMUA faham ERTI dan NILAI sahabat yang sebenarnya.. ada yang menyifatkan SAHABAT umpama teman di saat gembira atau SUNYI.. tapi bagi aku NILAI seorang SAHABAT ialah tidak kira sama ada SUSAH atau SENANG, KETAWA atau MENANGIS, dia akan sentiasa disisi kita walau apa pun yang berlaku.. tapi LUMRAH manusia tak pernah mengenal erti SAHABAT sebenar.. aku sedih bila diperlakukan seolah-olah aku ni tiada perasaan, seolah-olah aku ni hanya BONEKA yang boleh diarah sewenang-wenangnya.. Aku sedar selama ni ada sesetengah pihak yang menggunakan aku semata-mata untuk kegembiraan dan kesenangan sendiri.. yang paling aku tak boleh terima bila orang yang melakukan perkara tu adalah sahabat-sahabat yang aku kenal SEJAK dibangku SEKOLAH rendah lagi.. aku bernasib baik kerana diANUGERAHkan keluarga yang tidak mengokong tapi tu bukanlah medium untuk mereka mempergunakan aku.. mempergunakan aku yang mempunyai kereta keluarga untuk membawa mereka ke tempat yang mereka nak, bila aku TOLAK permintaan diorang, diorang terus tak balas mesej dan LANSUNG tak BERHUBUNG dengan aku sampai ke hari ni.. apakah itu dinamakan SAHABAT?.. ada pulak yang mempergunakan aku untuk membuat ASSIGNMENT dia, dengan alasan aku lebih bijak ENGLISH berbanding dia.. YES! mungkin bagi korang it just a SMALL matter but not bagi aku yang terpaksa bersengkang mata pukul 1-2 pagi semata-mata nak siapkan assigment orang lain, bukan sekali bukan dua kali tapi dah berkali-kali aku kena buat assignment untuk orang yang sama.. mungkin jugak ada yang cakap 'Bodoh la kau, kenapa kau nak wat kerja dia, suruh je dia buat sendiri' , aku tak sampai hati nak cakap macam tu sebab aku anggap KAWAN, susah senang tolong antara satu sama lain.. tapi bila HATI aku panas, aku terpaksa TOLAK permintaan tu, aku taknak jadi BODOH lagi, DIPERGUNAKAN.. sampai harini takde lagi assigment untuk aku dan takde sorang pun yang CONTACT aku lagi since aku tolak permintaan2 diorang.. tapi aku tak KISAH sebab at least aku tau perkara yang sebenarnya..
p/s: sekarang aku tau, apa erti kawan SEBENAR.. sedih dengan kebenaran ni tapi inilah HAKIKATnya yang aku terpaksa terima..

No comments:

Post a Comment