Tuesday, March 27

Buat dirimu yang BAKAL menjadi SUAMIKU..

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana..Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.. Bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..Tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku perlukan.. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu..

Andainya kamu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati kita apabila kita bertemu suatu hari nanti, dan pastinya Allah akan memberikan PETUNJUK kepada kita bahawa kita adalah JODOH yang telah ditetapkan olehNYA.. Bahagia itu pasti menjadi milik kita kerna itu JANJI ALLAH..