Monday, September 5

berRAYA di DAPUR :(

RAYA tahun nie tak BEST lansung, bukan sebab apa, sebab penat sangat lah aku rasa.. terkejar2 kesana kemari, dah MACAM lipas kudung dah.. balik dari HOSTEL je dah berlambak keje duk TUNGGU aku kat rumah tu, semua benda nak kena buat kelam kabut.. aku tak BELI baju raya pun tahun ni, semuanya GARA2 balik lewat and semua jadi tunggang langgang.. aku pergi tengok baju pun tak BERKENAN, yelah yang cantik2 semua orang dah BUNGKUS, tinggal kat aku yang cam biasa2 je, last2 aku amik keputusan this year, 'NO BAJU RAYA'.. haha, kan senang, tak payah aku penat2 duk fikir dah.. 1st day raya je orang dah penuh giler kat rumah aku, da la yang duk menolong ke DAPUR tu tak ada, just aku and MAK aku je, dari PAGI sampai ke MALAM, time tu hanya TUHAN jelah tau betapa penatnya nak melayan, raya ke2 and ke3 pun camtu jugak weh, kadang2 tu sampai TENGAH MALAM baru tetamu balik.. aku ni asik TERCANGOK je kat dapur tu, and yang paling best lah kan, aku beraya di DAPUR with SHIRT and KAIN BATIK for this year.. memang terbaik lahh kan.. hahaha..pastu nak dijadikan cerita, petang raya ke3 tu PARENTS aku nak balik kampung, dah tu kawan2 aku nak datang PLUS pulak HOMESTAY kitorang tu takde sape nak jaga, then apa yang jadi is MAK aku cakap 'kamu tak payah balik lah, jaga homestay, lagipun kawan2 nak datang kan'...SEDIHH gilerr wa cakap lu, aku dah kemas barang2 nak balik kampung kot, dah dua tahun aku tak balik, tiap2 tahun kena tinggal beraya sensorang, SABAR jelahh doe.. ahh, tapelah demi MA dengan ABAH, terjun bangunan pun aku sanggup asalkan diorang boleh gembiraa.. :D
 
p/s: tahun depan nak beli baju raya awal2..hahaha.. btway di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN oukay..salah silap harap dimaafi yea :D

No comments:

Post a Comment