Saturday, August 6

salam TAKZIAH sahabat........

jam 0330 pagi aku DIKEJUTKAN dengan mesej dari seorang SAHABAT baik aku yang aku kenali semenjak kami dari zaman sekolah rendah lagi.. MESEJ tu sememangnya membuatkan aku rasa teramat lah terkejut, BAPAK dia accident dilanggar seorang lelaki berbangsa india.. KATA dia, bapaknya berkeadaan teruk, tulang PAHA patah dan yang paling menyayat hati, dia mengalami KECEDARAAN TERUK di bahagian kepala. 3/4 dari otaknya tidak boleh BERFUNGSI lagi.. bapak dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri pagi tu.. aku berdoa BANYAK2 supaya bapak dia selamat dan diberi peluang kedua.. Tapi... aku sedih sebab hayat dia tak panjang, kalau aku tak silap petang tu jam 0430 petang, dia mesej aku lagi cakap "bapak ak dah takde"..berderai air mata aku, aku dah anggap family dia macam FAMILY aku sendiri.. tak sangka ALLAH terlalu menyayangi bapak dia.. apa yang aku tahu, aku takde kata nak diucapkan sebab aku pun takut menyinggung perasaan dia, jadi cara terbaik hanyalah dengan MENGUCAPKAN takziah.. aku sepi, aku tak tau nak lakukan apa, apatah lagi untuk menziarah dia yang ada jauh dari tempat aku sekarang.. dengan KEADAAN aku yang tidak mengizinkan terpaksalah aku membatalkan hasrat untuk melawat kau sekeluarga..aku tak mampu untuk bergerak jauh,aku harap kau faham..aku mendoakan bapak kau ditempatkan di KALANGAN orang yang beriman, amin..AL FATIHAH 
p/s: aku tau perasaan kau sekarang sayangss, aku faham sebab kau yang paling rapat dengan bapak kau.. kau SAYANG bapak kau sangat2, aku harap kau tetap tabah menghadapi dugaan ini sebab setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, kau kena kuat sebab masih ramai yang menyayangi kau.. kau kena redha sebab ALLAH lebih menyayanginya..

No comments:

Post a Comment